Tuesday, April 27, 2010

Telefon Antik England

Siapakah yang mencipta telefon ? Dari kita kecil sehinggalah kita dewasa tentulah kita akan menjawab Alexander Graham Bell. Itulah yang aku masih ingat semasa aku di dalam darjah 4. Di dalam buku sejarah darjah 4 ada menyatakan bahawa telefon dicipta oleh beliau. Aku masih dapat bayangkan gambar telefon itu di dalam buku sejarah darjah 4, gambar telefon berwarna putih susu dan berlatar belakangkan warna merah.



Pada mulanya gajah digunakan sebagai sistem komunikasi. Budaya penggunaan gajah telah tersebar ke seluruh Asia.



Umumnya penemuan telefon yang lebih dikenali oleh masyarakat dunia adalah Alexander Graham Bell, tetapi sejarah harus ditulis ulang kerana seorang imigran dari Firenze (Florence), Itali yang bernama Antonio Meucci yang telah menciptakan telefon pada tahun 1849 dan menulis hasil karyanya pada tahun 1871.


Lebih dari seabad dan di seluruh pelusuk dunia, Alexander Graham Bell dikenali sebagai penemuan telefon , tetapi pada 11 Jun, 2002 di Kongres Amerika Syarikat, Antonio Meucci ditetapkan sebagai penemuan dan pencipta telefon. Mari kita ikuti sejarah ringkasnya dan tindak tanduk jahat orang Amerika terhadap penipuan ini.




Antonio Meucci dilahirkan di San Frediano, di kota Firenze pada tahun 1808. Dia adalah lulusan Akademi Kesenian Firenze dan bekerja di Teatro della Pergola sehingga tahun 1835 dan kemudian ditawarkan bekerja di Teatro Tacon in Havana, Kuba dan tinggal di sana bersama isterinya.




Pada waktu senggangnya Antonio Meucci gemar melakukan penyelidikan terhadap sesuatu dan menciptakan barang-barang baru tanpa putus asa. Meucci telah mengembangkan cara menggunakan setrum listrik untuk menyembuhkan penyakit dan menjadi terkenal kerananya.
Pada tahun 1850, dia pindah ke Staten Island, New York. Pada waktu itu Meucci jatuh miskin, tetapi masih terus menyempurnakan alat yang telah diciptakannya iaitu telefon. Oleh kerana beliau sakit kuat dan ekonominya yang merundum, isterinya terpaksa menjual beberapa alat-alat ciptaannya dengan hanya harga enam dolar untuk membiayai kos perubatannya. Setelah sembuh, Meucci bekerja keras siang dan malam untuk kembali membuat alat-alat ciptaannya. Pada tahun 1871, disebabkan kewangan yang tidak mencukupi untuk membayar design telefon yang direkanya dan hanya membayar design sementara untuk setahun dan harus disambung pada tahun selanjutnya.





Meucci cuba untuk mendemonstrasikan potensi “telegraf berbicara” ini serta membawa model dan segala keterangannya pada wakil ketua perusahaan telegraf Western Union. Setiap kali Meucci hendak menemui wakil ketua ini, Edward B.Grant selalu memberi alasan bahawa dia tiada masa untuk membincangkan hal tersebut. Dua tahun kemudian, apabila Meucci meminta kembali semua material dan design telefon di pejabat tersebut, mereka hanya mengatakan telah “hilang” dan pada tahun 1876, Alexander Graham Bell menyandang nama sebagai penemu telefon.





Setelah Meucci mengetahuinya, beliau melantik seorang peguam untuk membuat bantahan pada pejabat Amerika Syarikat di Washington. Meucci mengalami kekalahan untuk kes ini. Namun setelah adanya permusuhan antara Alexander Graham Bell dengan Western Union barulah terungkap bahwa Bell sebelumnya telah menyetujui membayar duapuluh persen keuntungan komersil atas “penemuannya” selama 17 tahun kepada Western Union. Antonio Meucci meninggal dunia pada 18 Oktober 1889. Begitulah kisah yang berlaku diantara mereka ini dan setelah satu abad lebih barulah dunia mengetahuinya.

Pada 1870 telekomunikasi di Tanah Melayu telah bermula dengan hubungan telegraf dasar laut yang pertama di antara Malaysia dan Indonesia. Rangkaian ini telah diperluaskan ke London pada 1879. Pada 1891 ibu sawat telefon yang pertama telah dibina di Kuala Lumpur dan pada 1937 buku panduan telefon yang pertama telah diterbitkan.
Itulah adalah serba ringkas sejarah penemuan telefon yang aku cuba catatkan di sini agar kita semua tidak terkeliru. Koleksi telefon hitam di atas adalah koleksi peribadiku. Walaupun ianya tidak boleh digunapakai lagi tetapi aku amat menyayanginya. Wayarnya yang diperbuat dari kain menunujukkan betapa lamanya telefon itu semenjak sebelum merdeka lagidan telefon yang aku miliki itu adalah original dan bukan yang dibuat semula. Telefon ini agak berat juga dan sekarang ini aku hanya menjadikannya sebagai perhiasan sahaja.







Adegan dalam filem 3 Abdul





hamba lebih kaya dari kekanda Abdul Wahab dan kekanda Abdul Wahub






Hello Ayahanda Sadek Segaraga...... emmmm tolong kasi tau sama Ghasidah yang anakanda tak dapat pulang malam ni kerana kekasih anakanda yang semalam tu tak mahu melepaskan anakanda keluar bilik, ayahanda........

No comments:

Post a Comment