Tuesday, May 11, 2010
Set Hidangan Bunga Kekwa Pink
Set hidangan makan ini aku dapatkannya dari nenekku di Singapura. Dahulunya set hidangan makan ini digunakan untuk majlis kenduri kendara dan apabila set ini telah banyak yang pecah, nenek menjadikannya sebagai set hidangan basahan makan tengahari dan malam. Lama-kelamaan pinggan mangkuk ini terbiar begitu sahaja dan aku telah meminta izin darinya untuk membawa balik ke Johor memandangkan tiada siapa yang sudi menjaganya. Tentu nenek akan berasa berbesar hati apabila melihat set hidangan makan tengahari dan malam ini aku susun molek di dalam almari antik ini. Set minuman kopi dan teh ini pula aku beli dari kak Fuziah. Manakala tekonya ada yang ku beli dan ada juga dari nenek.
Aku juga suka mengumpul set pinggan mangkuk teko dan cawan lama sebagai satu hobby dan untuk kenangan. Juga aku gunakan apabila memasak masakan lama agar ianya menyemarakkan lagi kenangan silam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
salam zura,
ReplyDeletewah banyaknya set kekwa yang diidamkan tu...oklah ni bagi akk ni dah ckup banyak..tahniahlah dpt idaman hati,..almari tu pun mencuri pandangan akk ni...
salam kak zura..
ReplyDeleteadikmu nie datang bertandang..tahniah yer akak..dah dapat yg telah lama akak idamkan..
bila nak n3 gobok kesayangan akak tu..daku setia menanti.. ;)
Salam Zura,
ReplyDeletewahhh..banyaknya koleksi bunga kekwa pink...teruskan menulis entri-entri baru dan berkongsi pengalaman dengan akak yang baru mahu belajar ini...masih lagi terkial2 ...