Tuesday, May 11, 2010

Set Hidangan Bunga Kekwa Pink






Set hidangan makan ini aku dapatkannya dari nenekku di Singapura. Dahulunya set hidangan makan ini digunakan untuk majlis kenduri kendara dan apabila set ini telah banyak yang pecah, nenek menjadikannya sebagai set hidangan basahan makan tengahari dan malam. Lama-kelamaan pinggan mangkuk ini terbiar begitu sahaja dan aku telah meminta izin darinya untuk membawa balik ke Johor memandangkan tiada siapa yang sudi menjaganya. Tentu nenek akan berasa berbesar hati apabila melihat set hidangan makan tengahari dan malam ini aku susun molek di dalam almari antik ini. Set minuman kopi dan teh ini pula aku beli dari kak Fuziah. Manakala tekonya ada yang ku beli dan ada juga dari nenek.


Aku juga suka mengumpul set pinggan mangkuk teko dan cawan lama sebagai satu hobby dan untuk kenangan. Juga aku gunakan apabila memasak masakan lama agar ianya menyemarakkan lagi kenangan silam.

Tuesday, May 4, 2010

Vase Retro










Vase retro keluaran 1960 dan 1970an pelbagai warna sebagai koleksi hiasanku. Tidak banyak yang aku kumpulkan vase-vase ini kerana ruang rumah yang agak terhad. Ini pun sudah memadai.

Tuesday, April 27, 2010

Telefon Antik England

Siapakah yang mencipta telefon ? Dari kita kecil sehinggalah kita dewasa tentulah kita akan menjawab Alexander Graham Bell. Itulah yang aku masih ingat semasa aku di dalam darjah 4. Di dalam buku sejarah darjah 4 ada menyatakan bahawa telefon dicipta oleh beliau. Aku masih dapat bayangkan gambar telefon itu di dalam buku sejarah darjah 4, gambar telefon berwarna putih susu dan berlatar belakangkan warna merah.



Pada mulanya gajah digunakan sebagai sistem komunikasi. Budaya penggunaan gajah telah tersebar ke seluruh Asia.



Umumnya penemuan telefon yang lebih dikenali oleh masyarakat dunia adalah Alexander Graham Bell, tetapi sejarah harus ditulis ulang kerana seorang imigran dari Firenze (Florence), Itali yang bernama Antonio Meucci yang telah menciptakan telefon pada tahun 1849 dan menulis hasil karyanya pada tahun 1871.


Lebih dari seabad dan di seluruh pelusuk dunia, Alexander Graham Bell dikenali sebagai penemuan telefon , tetapi pada 11 Jun, 2002 di Kongres Amerika Syarikat, Antonio Meucci ditetapkan sebagai penemuan dan pencipta telefon. Mari kita ikuti sejarah ringkasnya dan tindak tanduk jahat orang Amerika terhadap penipuan ini.




Antonio Meucci dilahirkan di San Frediano, di kota Firenze pada tahun 1808. Dia adalah lulusan Akademi Kesenian Firenze dan bekerja di Teatro della Pergola sehingga tahun 1835 dan kemudian ditawarkan bekerja di Teatro Tacon in Havana, Kuba dan tinggal di sana bersama isterinya.




Pada waktu senggangnya Antonio Meucci gemar melakukan penyelidikan terhadap sesuatu dan menciptakan barang-barang baru tanpa putus asa. Meucci telah mengembangkan cara menggunakan setrum listrik untuk menyembuhkan penyakit dan menjadi terkenal kerananya.
Pada tahun 1850, dia pindah ke Staten Island, New York. Pada waktu itu Meucci jatuh miskin, tetapi masih terus menyempurnakan alat yang telah diciptakannya iaitu telefon. Oleh kerana beliau sakit kuat dan ekonominya yang merundum, isterinya terpaksa menjual beberapa alat-alat ciptaannya dengan hanya harga enam dolar untuk membiayai kos perubatannya. Setelah sembuh, Meucci bekerja keras siang dan malam untuk kembali membuat alat-alat ciptaannya. Pada tahun 1871, disebabkan kewangan yang tidak mencukupi untuk membayar design telefon yang direkanya dan hanya membayar design sementara untuk setahun dan harus disambung pada tahun selanjutnya.





Meucci cuba untuk mendemonstrasikan potensi “telegraf berbicara” ini serta membawa model dan segala keterangannya pada wakil ketua perusahaan telegraf Western Union. Setiap kali Meucci hendak menemui wakil ketua ini, Edward B.Grant selalu memberi alasan bahawa dia tiada masa untuk membincangkan hal tersebut. Dua tahun kemudian, apabila Meucci meminta kembali semua material dan design telefon di pejabat tersebut, mereka hanya mengatakan telah “hilang” dan pada tahun 1876, Alexander Graham Bell menyandang nama sebagai penemu telefon.





Setelah Meucci mengetahuinya, beliau melantik seorang peguam untuk membuat bantahan pada pejabat Amerika Syarikat di Washington. Meucci mengalami kekalahan untuk kes ini. Namun setelah adanya permusuhan antara Alexander Graham Bell dengan Western Union barulah terungkap bahwa Bell sebelumnya telah menyetujui membayar duapuluh persen keuntungan komersil atas “penemuannya” selama 17 tahun kepada Western Union. Antonio Meucci meninggal dunia pada 18 Oktober 1889. Begitulah kisah yang berlaku diantara mereka ini dan setelah satu abad lebih barulah dunia mengetahuinya.

Pada 1870 telekomunikasi di Tanah Melayu telah bermula dengan hubungan telegraf dasar laut yang pertama di antara Malaysia dan Indonesia. Rangkaian ini telah diperluaskan ke London pada 1879. Pada 1891 ibu sawat telefon yang pertama telah dibina di Kuala Lumpur dan pada 1937 buku panduan telefon yang pertama telah diterbitkan.
Itulah adalah serba ringkas sejarah penemuan telefon yang aku cuba catatkan di sini agar kita semua tidak terkeliru. Koleksi telefon hitam di atas adalah koleksi peribadiku. Walaupun ianya tidak boleh digunapakai lagi tetapi aku amat menyayanginya. Wayarnya yang diperbuat dari kain menunujukkan betapa lamanya telefon itu semenjak sebelum merdeka lagidan telefon yang aku miliki itu adalah original dan bukan yang dibuat semula. Telefon ini agak berat juga dan sekarang ini aku hanya menjadikannya sebagai perhiasan sahaja.







Adegan dalam filem 3 Abdul





hamba lebih kaya dari kekanda Abdul Wahab dan kekanda Abdul Wahub






Hello Ayahanda Sadek Segaraga...... emmmm tolong kasi tau sama Ghasidah yang anakanda tak dapat pulang malam ni kerana kekasih anakanda yang semalam tu tak mahu melepaskan anakanda keluar bilik, ayahanda........

Friday, April 23, 2010

Kisah Filem Madu 3 dan Anak-anakku




Dari dulu aku dan keluarga sangat gemar menonton filem-filem dari Allayarham Tan Sri P. Ramlee. Berdekah-dekah aku adik beradik menonton dan mengulang dialog-dialog lucu di dalam filem-filem tersebut. Dahulu semasa aku kanak-kanak, filem lama ini akan ditayangkan pada setiap hari Jumaat malam Sabtu pada pukul 10.10 pm dan akan berakhir lebihkurang dalam pukul 12.00 a.m. di TV1 manakala di TV 2 pula akan menayangkan filem Hindi. Sekarang ini setiap hari filem arahan P Ramlee ditayangkan di Astro. aduhai...kasihannnn....... semoga Allah mencucuri Rahmat ke atas roh Allahyarham...... Al Fatehah.
N3 yang aku buat ini khas untuk salah seorang blogger peminat barang-barang lama terutamanya koleksi pinggan mangkuk lama. Aku sangat kagum dengan usaha gigih blogger ini yang rajin dan sangat cenderung walaupun usia beliau masih muda lagi, namun minatnya kepada koleksi pinggan lama ini sangat mendalam. Beliau sangat murah hati, ringan tulang dan luas pengetahuan. Kerana beliaulah aku dapat melengkapkan koleksi-koleksi warisan keluarga yang tidak berapa lengkap. kami telah dua kali bertemu di dalam keadaan yang sangat kelam kabut. Masa aku sangat terhad ketika itu tetapi alhamdulillah kami dapat juga berbual mesra dan sama-sama menghunting. Tak taulah bagaimana terhutang budinya aku kepada beliau kerana banyak menolongku selama ini. Semoga Allah jua yang membalasnya kemudian. Apa yang aku harapkan agar beliau sentiasa sehat sejahtera disamping suami dan anak-anak. Semoga Allah melimpahkan rahmat dan rezeki kepada beliau....beliau yang aku maksudkan ialah Puan Hidayat Haji Hussein....atau lebih dikenali seabagai Yatt Precious teman blogger yang sangat baik dan mesra.
Ada juga lagi beberapa orang teman blogger peminat antik yang agak rapat juga denganku dan melengkapkan koleksiku ini dan akan aku N3kan tentangnya kemudian.
Baru-baru ini Yatt teringin nak melihat apa yang aku ceritakan kepadanya tempohari tentang dalam filem Madu 3 ini dan inilah apa yang ingin aku paparkan.

babak-babak dalam Filem Madu 3

"Jangan lupa ya Cik Jamil malam ini pukul 8.00 malam".....heheheheh...nak pergi bernikah.

"Malam ini Abang Jamil pulang ke rumah Kak Tipah, malam esok rumah Cik Hasnah, malam lusa rumah Ani .....ha begitulah seterusnya sampai Abang Jamil mampus.........."
"Setujuuuuuuu?"
Inilah rupa jambatan scene di atas dan sungai yang diterjun oleh P Ramlee

Di sinilah ketiga-tiga seniwati itu berdiri sewaktu scene di atas itu.........


"Kata orang rezeki jangan dicari maut jangan ditolak...eh salah....rezeki jangan ditolak maut jangan dicari.... hamba setuju....."







"Hilup susah matipun susah...hilup jalan sinang-sinang...mati pegang bendela......."


"mama ...macamana nak jadi Apek...Bendera tak ada... Ajim panaslahhhh..."
"tata pek...."
Semua scene akhir nak terjun sungai itu di shooting di sini...di sekitar Jalan Ampas.........


Ini pula adegan kejar mengejar balik ke rumah Kak Tipah isteri No 1


Rumah isteri pertama Kak Tipah



Rumah Cik Tipah sekarang ini yang telah banyak diubah suai tetapi jalan pintu masuknya masih tidak banyak berubah



kini dijadikan child care disebelahnya
Gambar rumah Cik tipah yang aku ambil ini bersama-sama di jambatan di Jalan Ampas ini adalah sebagai kenangan ketika aku ke Singapura. Walaupun aku sering ke Singapura tetapi sekali sekala aku akan ke sini dan bercerita dengan anak-anak di sinilah lahirnya filem-filem Malaya yang mereka suka sangat tonton itu dan anak-anak-anak sangat gembira dapat melihat dan menjejakkan kaki ke sini. Riuh mulut Adzym menghafal dialog filem P Ramlee sewaktu aku bawa dia kemari dan Anne pula hanya mencatat dan membuat nota ringkas.


















Pembuka Bicara





Assalamualaikum................ kepada pembaca yang budiman.....




Semenjak di bangku sekolah rendah lagi aku sangat suka mencatat segala apa yang aku temui, kemana aku pergi dan apa yang berlaku ketika itu di dalam diari harianku. Begitu juga bila aku menemui sesuatu yang aku rasakan sangat menarik, pelik dan berharga aku seboleh-bolehnya mencari dari mana asalnya usulnya, siapa yang membuatnya, kenapa dan bagaimana. Dahulu tiada internet so nak merujukpun agak terhad tetapi aku suka bertanya pada orang-orang tua dan berpengalaman dariku. Library juga menjadi rumah keduaku. Aku suka melepak di library sebab di sana banyak sekali terdapat bahan rujukan yang aku inginkan. Kalau aku suka sesuatu itu, sampai ke akar umbi aku akan mencari dan mengkaji.




Tujuan aku membuat blog ini ialah kerana aku ingin mengabadikan apa juga koleksi-koleksi lama yang aku kumpulkan setakat ini dimana ianya merupakan warisan keluarga, koleksi peribadiku yang aku cari selama ini dan kumpulkan dan juga pemberian sahabat handai.




Aku berharap ianya juga dapat menjadi bahan rujukan kepada yang gemar mengumpul barang-barang lama. Aku bukan setakat mengumpul barang-barang lama tetapi yang baru kalau aku berminat, aku juga akan menjadikannya sebagai satu koleksi. Tidaklah banyak mana koleksiku tetapi aku cukup puas hati dan akan menjaganya dengan sebaik mungkin.