Friday, April 23, 2010

Kisah Filem Madu 3 dan Anak-anakku




Dari dulu aku dan keluarga sangat gemar menonton filem-filem dari Allayarham Tan Sri P. Ramlee. Berdekah-dekah aku adik beradik menonton dan mengulang dialog-dialog lucu di dalam filem-filem tersebut. Dahulu semasa aku kanak-kanak, filem lama ini akan ditayangkan pada setiap hari Jumaat malam Sabtu pada pukul 10.10 pm dan akan berakhir lebihkurang dalam pukul 12.00 a.m. di TV1 manakala di TV 2 pula akan menayangkan filem Hindi. Sekarang ini setiap hari filem arahan P Ramlee ditayangkan di Astro. aduhai...kasihannnn....... semoga Allah mencucuri Rahmat ke atas roh Allahyarham...... Al Fatehah.
N3 yang aku buat ini khas untuk salah seorang blogger peminat barang-barang lama terutamanya koleksi pinggan mangkuk lama. Aku sangat kagum dengan usaha gigih blogger ini yang rajin dan sangat cenderung walaupun usia beliau masih muda lagi, namun minatnya kepada koleksi pinggan lama ini sangat mendalam. Beliau sangat murah hati, ringan tulang dan luas pengetahuan. Kerana beliaulah aku dapat melengkapkan koleksi-koleksi warisan keluarga yang tidak berapa lengkap. kami telah dua kali bertemu di dalam keadaan yang sangat kelam kabut. Masa aku sangat terhad ketika itu tetapi alhamdulillah kami dapat juga berbual mesra dan sama-sama menghunting. Tak taulah bagaimana terhutang budinya aku kepada beliau kerana banyak menolongku selama ini. Semoga Allah jua yang membalasnya kemudian. Apa yang aku harapkan agar beliau sentiasa sehat sejahtera disamping suami dan anak-anak. Semoga Allah melimpahkan rahmat dan rezeki kepada beliau....beliau yang aku maksudkan ialah Puan Hidayat Haji Hussein....atau lebih dikenali seabagai Yatt Precious teman blogger yang sangat baik dan mesra.
Ada juga lagi beberapa orang teman blogger peminat antik yang agak rapat juga denganku dan melengkapkan koleksiku ini dan akan aku N3kan tentangnya kemudian.
Baru-baru ini Yatt teringin nak melihat apa yang aku ceritakan kepadanya tempohari tentang dalam filem Madu 3 ini dan inilah apa yang ingin aku paparkan.

babak-babak dalam Filem Madu 3

"Jangan lupa ya Cik Jamil malam ini pukul 8.00 malam".....heheheheh...nak pergi bernikah.

"Malam ini Abang Jamil pulang ke rumah Kak Tipah, malam esok rumah Cik Hasnah, malam lusa rumah Ani .....ha begitulah seterusnya sampai Abang Jamil mampus.........."
"Setujuuuuuuu?"
Inilah rupa jambatan scene di atas dan sungai yang diterjun oleh P Ramlee

Di sinilah ketiga-tiga seniwati itu berdiri sewaktu scene di atas itu.........


"Kata orang rezeki jangan dicari maut jangan ditolak...eh salah....rezeki jangan ditolak maut jangan dicari.... hamba setuju....."







"Hilup susah matipun susah...hilup jalan sinang-sinang...mati pegang bendela......."


"mama ...macamana nak jadi Apek...Bendera tak ada... Ajim panaslahhhh..."
"tata pek...."
Semua scene akhir nak terjun sungai itu di shooting di sini...di sekitar Jalan Ampas.........


Ini pula adegan kejar mengejar balik ke rumah Kak Tipah isteri No 1


Rumah isteri pertama Kak Tipah



Rumah Cik Tipah sekarang ini yang telah banyak diubah suai tetapi jalan pintu masuknya masih tidak banyak berubah



kini dijadikan child care disebelahnya
Gambar rumah Cik tipah yang aku ambil ini bersama-sama di jambatan di Jalan Ampas ini adalah sebagai kenangan ketika aku ke Singapura. Walaupun aku sering ke Singapura tetapi sekali sekala aku akan ke sini dan bercerita dengan anak-anak di sinilah lahirnya filem-filem Malaya yang mereka suka sangat tonton itu dan anak-anak-anak sangat gembira dapat melihat dan menjejakkan kaki ke sini. Riuh mulut Adzym menghafal dialog filem P Ramlee sewaktu aku bawa dia kemari dan Anne pula hanya mencatat dan membuat nota ringkas.


















2 comments:

  1. salam kak zuraku cayang..
    terima kasih tak terhingga sebab buat n3 nie..kalau nak tunggu saya sampai ke spore entahkan bila..sib baik akak sudi kongsikan banglo madu 3 & jugak taliair/sungai scene last tu..suka sangat dapat tengok walaupun bukan depan mata..
    hehehe..comeyy si ajim tu..panas pun panaslahh demi mama vogue kesayangannya..ahakss..
    kalau ada citer yang lain lagi..akak kongsi2kan yea..

    ReplyDelete
  2. Wsalam yattt cayang ....


    ehehe...sama2 dik. Rumah tuh dah byk berubah Yatt tetapi kalau kita berdiri bertentangan kita dat tgok jln masuknya masih sama. Sungai tuh pun dah byk berubah byk sekali bangunan2 tinggi beragam kat sana dan adegan pusing2 kejar mengejar mereka shooting sekitar situ jek...... Insya Allah yatt kalau ada keapangan akan akak paparkan kemudian ya.

    ReplyDelete